Sunday, 7 August 2016

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

Hai warga blog ! Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terlebih dahulu admin memanjatkan setinggi-tinggi syukur kerana mendapat peluang atau lebih tepat lagi berkelapangan untuk menulis di entri blog ini. Jadi,terus kepada topik yang ingin dibicarakan iaitu kemahiran mengambil dan membuat nota.So,what is note ?



Nota ialah bahan yang dicatat oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Nota ialah bahan ilimiah.Nota yang sistemtik,tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan amat berkesan dalam proses pembelajaran.Pembaca sekalian,itulah sedikit definisi nota.Tapi.....what is the importance of note? 


Nota penting bagi menapis isi-isi penting semasa guru mengajar atau ketika membaca.Nota juga penting untuk membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah dipelajari.Cuba bayangkan jika pelajar tidak mengambil nota,pasti mereka mengalami kesukaran untuk membua rujukan dan ulangkaji terutama sekali ketika ingin membuat persediaan untuk ujian.Nota merupakan rekod kekal untuk diingati kerana dengan membuat nota seolah-seolah kita merekodkan sesuatu.Apabila data direkod,sudah pasti sukar untuk hilang.Haaa.... sepertimana yang diketahui umum,cara pengambilan nota dititikberatkan kerana cara pengambilan nota yang salah akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.


Terdapat banyak kaedah untuk mengambil nota.Antaranya ialah :
  • Anotasi ­- catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem. Penjelasan ni mestilah mempunyai maklumat biblografi lengkap. Anotasi  ini juga boleh dibuat dengan menggariskan fakta, menandakan isi penting menggunakan highlight dan boleh juga menggunakan pelekat.
  •  Nota rumusan - nota yang mempunyai semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. Rumusan ini lebih fokuskan kepada isi penting.
  •    Nota Garis Lingkaran – nota yang disediakan dalam bentuk points dengan menggunakan perenggan,nombor atau perkataan.Nota menyenaraikan point utama dan subpoint.    
  •  Nota bentuk jadual – nota yang dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu lajur.Lajur sebelah kiri terdiri daripada idea utama atau subtajuk manakala lajur di sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.
    Nota haruslah kelihatan menarik.Haaaa..alat-alat  berfikir amat penting dalam membuat nota kerana nota anda akan kelihatan lebih menarik.Apa itu alat berfikir ?

                      *Pengurusan grafik
                       *Peta minda :
Ø  Peta minda jenis pokok
Ø  Peta minda jeis alir
Ø  Peta minda jenis kitaran
Ø  Peta minda jenis cabang
Ø  Peta minda jenis tulang
*Pemetaan i-Think :
Ø  Peta bulatan
Ø  Peta buih
Ø  Peta buih berganda
Ø  Peta pokok
Ø  Peta dakap
Ø  Peta alir
Ø  Peta pelbagai alir
Ø  Peta titi

#How to take a great note.


Okay,doned!selamat membaca semua dan selamat mencuba juga.terima kasih kerana review post ni..

3 comments: